1) Beg media terlalu basah
Kandungan air semasa proses pembancuhan telah berlebihan. Bila media terlalu basah  biasanya pembiakan kulat hijau cepat terjadi. Terutamanya selepas tuaian  pertama dan kedua. Bila kita buka penutup rehat beg media lebih  terdedah kepada persekitaran, maka kulat ini mudah menyerang. Selain itu, air yang terlalu banyak menggalakkan pembiakan bakteria.
Kurangkan  air semasa membancuh media. Bagi beg media saiz standard pastikan berat  beg media antara 800g ke 1kg sahaja. Jika lebih dari 1kg bermakna  kandungan air sudah berlebihan.
2) Benih yang digunakan. 
Disebabkan benih yang digunakan tidak berkualiti. Benih boleh  ditransfer sehingga 8 kali (8 generasi). Generasi ke 4 dan ke atas  biasanya kurang daya tahan kepada penyakit. Benih yang baik adalah  adalah benih yang melalui proses tisu kultur iaitu generasi pertama dan  benih hasil transfer dari benih yang pertama hingga yg ke 3 sahaja.
Gunakan  benih dari pengusaha yang sudah establish sahaja. Cara yang paling  mudah ialah dengan membuat sedikit eksperimen iaitu gunakan benih  daripada pengeluar yang berllainan dan lihatlah hasilnya. Dapatkan  sebanyak mungkin maklumat mengenai benih tersebut dan kemudian barulah  putuskan mana satu pembekal benih yang akan dipilih.
3) Beg media belum cukup matang.
Bila maisilium sudah memenuhi beg media, tidak bermakna ianya sudah  matang. Memanglah maisilium akan menguasai luas permukaan beg media  dalam 45 hari hingga 2bulan. Semua ini bergantung terhadap bebrapa faktor seperti suhu persekitaran rumah cendawan. Suhu yang panas melambat perkembangan misilium. 
Mengikut  kaedah pengusaha yang berpengalaman, biarkan beg media up to3 bulan,  barulah buka penutup eram untuk tuaian pertama. Ini adalah untuk  memastikan maisilium cukup kuat dan ianya betul-betul menguasai  keseluruhan beg media dan menghalang kulat lain bersaing dengannya. Bak  kata pepatah, biar lambat asal selamat.
4) Bawaan seranggan kumbang atau bari-bari. 
Bila serangga ini berpindah dari beg yang sudah dijangkati kulat hijau,  kemudian ia terbang dan memasuki mulut beg media lain, kulat hijau ini  akan berjangkit ke beg media yg lain pula.
Jika anda mengalami  masalah kumbang yang serius. Kuarantin rumah cendawan anda selama  seminggu. Tutup semua beg media dengan penutup rehat. Kemudian spray  rumah cendawan dengan 505 agar kumbang dan  bari2 tersebut mati. Serai wangi juga boleh digunakan.
5) Bahan dedak yang digunakan.
Jika dedak padi, kadar kulat hijau memang tinggi berbanding dedak  gandum. ini disebabkan kandungan karbohidrat yang tinggi. Jika terkena kulat hitam atau kulat hijau adalah lebih baik  asingkan beg tersebut dan buatkan banyak lubang supaya banyak cendawan  akan keluar dan ini akan membantu tingkatkan kg cendawan. Walaupun umur  beg tak panjang, sekurang-kurangnya kos belian beg dapat semula. Jika  kena kulat hijau dan kulat hitam memang tiada rawatan. Cuma guna saja  kaedah di atas supaya dapat balik kos belian tu.
6) Penjagaan kebersihan.
Cara yang paling efektif untuk mengelakkan jangkitan atau  sekurang-kurangnya meminimumkan jangkitan kulat hijau ialah dengan  mensterilkan alat yang digunakan semasa mengorek keluar sisa akar  cendawan. Gunakan larutan dettol, clorox atau EM sebagai bahan steril  dan setiap kali beg dikorek, pastikan ia dicelup terlebih dahulu di  dalam larutan tersebut. Kebersihan amat penting dan perlu dititik  beratkan. Pekerja juga perlu dalam keadaan bersih sebelum memasuki rumah cendawan. Pastikan bilik suntik dalam keadaan bersih dan pekerja menggunakan PPE yang bersesuaian bagi mengurang risiko jangkitan.
Kesimpulannya,  banyak faktor terjadinya serangan kulat hijau dan kaedah pencegahan  serta penjagaan kebersihan memainkan peranan utama agar kerosakan dan  kerugian daripada penyakit ini dapat dikurangkan seminimum mungkin.
Read more...