Penjualan Bongkah Cendawan

Harga:
1) RM1.10 - bagi tempahan kurang dari 10,000 bongkah.
2) RM1.00 - bagi tempahan melebihi 10,000 - 20,000
3) RM0.95 - bagi tempahan melebihi 20,000 - 30,000
4) RM0.90 - bagi tempahan melebihi 30,000 bongkah

Kepada yang berminat untuk mendapatkan Bongkah Cendawan sila hubungi:

Echam : 013-3563047 / 012-2472467
Email: zzagro@gmail.com

Mesin Mixer Untuk Dijual

Spesifikasi:

Saiz Mixer: Panjang x Lebar x Tinggi x Tebal
60" x 34" x 30" x 3mm
Motor: 2 hp single phase
Kapasiti Muatan: 120kg Habuk Kayu
Harga: RM6800

ZZ Agro Resources

>> Thursday 29 September 2011

Latar Belakang
ZZ Agro Resources telah daftarkan sebagai sebuah syarikat Resources pada April 2011 dan telah memulakan operasi Penanaman Cendawan Tiram Kelabu bertempat di Nilai 7, Nilai Negeri Sembilan. Sebelum penubuhan syarikat ZZ Agro, kami telah membuat berbagai kajian terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang ini.Setelah berbincang sesama rakan barulah kami membuat keputusan untuk lebih serius dalam projek Cendawan Tiram Kelabu ini. Pada peringkat permulaan ZZ Agro telah memulakan perusahaan ini dengan hanya 26,000 bongkah yang mana dibeli dari beberapa pembekal bongkah yang terdapat disekitar Selangor dan Negeri Sembilan.Dibawah ini adalah carta organisasi ZZ Agro mengikut bahagian yang telah ditubuhkan.

Read more...

New Packaging

>> Tuesday 27 September 2011

Salam kepada semua.

Bermula minggu lepas, semua bungkusan Produk Cendawan Goreng Sejuk Beku ZZ Agro telah bertukar kepada bungkusan baru yang tampak lebih kemas dan bersih.Dengan bungkusan yang baru ini, kami masih lagi mengekalkan harga yang sama iaitu RM3.50 bagi pek yang berat bersihnya 200 gram.

Bungkusan Lama

 
Bungkusan Baru

Read more...

Punca-Punca Penyakit Kulat Hijau

>> Sunday 25 September 2011

1) Beg media terlalu basah

Kandungan air semasa proses pembancuhan telah berlebihan. Bila media terlalu basah biasanya pembiakan kulat hijau cepat terjadi. Terutamanya selepas tuaian pertama dan kedua. Bila kita buka penutup rehat beg media lebih terdedah kepada persekitaran, maka kulat ini mudah menyerang. Selain itu, air yang terlalu banyak menggalakkan pembiakan bakteria.

Kurangkan air semasa membancuh media. Bagi beg media saiz standard pastikan berat beg media antara 800g ke 1kg sahaja. Jika lebih dari 1kg bermakna kandungan air sudah berlebihan.
2) Benih yang digunakan. 

Disebabkan benih yang digunakan tidak berkualiti. Benih boleh ditransfer sehingga 8 kali (8 generasi). Generasi ke 4 dan ke atas biasanya kurang daya tahan kepada penyakit. Benih yang baik adalah adalah benih yang melalui proses tisu kultur iaitu generasi pertama dan benih hasil transfer dari benih yang pertama hingga yg ke 3 sahaja.

Gunakan benih dari pengusaha yang sudah establish sahaja. Cara yang paling mudah ialah dengan membuat sedikit eksperimen iaitu gunakan benih daripada pengeluar yang berllainan dan lihatlah hasilnya. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai benih tersebut dan kemudian barulah putuskan mana satu pembekal benih yang akan dipilih.

3) Beg media belum cukup matang.

Bila maisilium sudah memenuhi beg media, tidak bermakna ianya sudah matang. Memanglah maisilium akan menguasai luas permukaan beg media dalam 45 hari hingga 2bulan. Semua ini bergantung terhadap bebrapa faktor seperti suhu persekitaran rumah cendawan. Suhu yang panas melambat perkembangan misilium.

Mengikut kaedah pengusaha yang berpengalaman, biarkan beg media up to3 bulan, barulah buka penutup eram untuk tuaian pertama. Ini adalah untuk memastikan maisilium cukup kuat dan ianya betul-betul menguasai keseluruhan beg media dan menghalang kulat lain bersaing dengannya. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.

4) Bawaan seranggan kumbang atau bari-bari. 

Bila serangga ini berpindah dari beg yang sudah dijangkati kulat hijau, kemudian ia terbang dan memasuki mulut beg media lain, kulat hijau ini akan berjangkit ke beg media yg lain pula.

Jika anda mengalami masalah kumbang yang serius. Kuarantin rumah cendawan anda selama seminggu. Tutup semua beg media dengan penutup rehat. Kemudian spray rumah cendawan dengan 505 agar kumbang dan bari2 tersebut mati. Serai wangi juga boleh digunakan.

5) Bahan dedak yang digunakan.

Jika dedak padi, kadar kulat hijau memang tinggi berbanding dedak gandum. ini disebabkan kandungan karbohidrat yang tinggi. Jika terkena kulat hitam atau kulat hijau adalah lebih baik asingkan beg tersebut dan buatkan banyak lubang supaya banyak cendawan akan keluar dan ini akan membantu tingkatkan kg cendawan. Walaupun umur beg tak panjang, sekurang-kurangnya kos belian beg dapat semula. Jika kena kulat hijau dan kulat hitam memang tiada rawatan. Cuma guna saja kaedah di atas supaya dapat balik kos belian tu.

6) Penjagaan kebersihan.

Cara yang paling efektif untuk mengelakkan jangkitan atau sekurang-kurangnya meminimumkan jangkitan kulat hijau ialah dengan mensterilkan alat yang digunakan semasa mengorek keluar sisa akar cendawan. Gunakan larutan dettol, clorox atau EM sebagai bahan steril dan setiap kali beg dikorek, pastikan ia dicelup terlebih dahulu di dalam larutan tersebut. Kebersihan amat penting dan perlu dititik beratkan. Pekerja juga perlu dalam keadaan bersih sebelum memasuki rumah cendawan. Pastikan bilik suntik dalam keadaan bersih dan pekerja menggunakan PPE yang bersesuaian bagi mengurang risiko jangkitan.

Kesimpulannya, banyak faktor terjadinya serangan kulat hijau dan kaedah pencegahan serta penjagaan kebersihan memainkan peranan utama agar kerosakan dan kerugian daripada penyakit ini dapat dikurangkan seminimum mungkin.

Read more...

ZZ Agro di Facebook

>> Sunday 18 September 2011


Bermula awal bulan lepas, ZZ Agro telah secara rasmi berada di Facebook. Sila like Page ZZ Agro dan seterusnya jangan lupa untuk Follow Blog ZZ Agro Resources bagi mendapatkan bermacam info tentang perusahaan Cendawan Tiram Kelabu. Jumpa di sana......

Read more...

Cendawan Goreng Sejuk Beku

>> Friday 16 September 2011

ZZ Agro telah mula mamasarkan Cendawan Goreng Sejuk Beku dalam 2 perisa iaitu Perisa Kari dan Lada Hitam (Blackpepper) dengan harga RM3.50 sepeket (berat bersih: 200gram). Berikutan dengan permintaan yang agak tinggi, kami telah melantik wakil-wakil penjual di Lembah Klang, sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Johor Bahru. Sila dapatkan Cendawan Goreng Sejuk Beku dalam Perisa Kari dan Lada Hitam (Blackpepper) dari wakil penjual yang berdekatan dengan anda. Senarai wakil-wakil penjual adalah seperti yang tertera dibawah dan akan di kemas kini dari masa ke semasa. Kepada yang berminat untuk menambah pendapatan secara sambilan dengan menjadi wakil penjual kami, sila hubungi Sham (012-2472467 / 013-3563047) atau email kepada zzagro@gmail.com.

Perisa Kari

  
Perisa Lada Hitam (Blackpepper)

Wakil Penjual Kami:

  1. Kajang / Bangi / Semenyih : Athirah Mazlan : 013-3741043
  2. Cheras : Nizam 013-7189707 , Intan : 0137189708
  3. Hulu Selangor / Tanjung Malim : Sham : 012-2472467 / 013-3563047, Aini : 012-3285797
  4. Shah Alam : Ismail : 019-3254082
  5. Putrajaya : Zulkifli Adam : 019-6481003
  6. Nilai : Azwan : 013-6164039
  7. Johor Bahru : Hazwan Hamzah : 013-7648127

Read more...

Skim Ladang Kontrak

>> Thursday 15 September 2011

Assalammualaikum w.b.t

ZZ Agro Resorces telah pun menubuhkan satu Skim Ladang Kontrak kepada yang berminat untuk mengusahakan Projek Cendawan Tiram Kelabu dan membantu dari segi pemasaran hasil cendawan. Skim ini ditubuhkan oleh ZZ Agro bagi membantu para pengusaha dalam mengatasi masalah pemasaran kepada pengusaha yang masih baru dalam industri ini.

Skim ini terbuka kepada semua. Kepada yang berminat sila hubungi:

             Sham :  H/P: 012-2472467 / 013-3563047
                         Email: zzagro@gmail.com


Read more...

Makmal Benih Cendawan Tiram Kelabu (Under Construction)

>> Wednesday 14 September 2011

Minggu yang amat sibuk bagi warga ZZ Agro Resources. Dalam minggu ini banyak yang perlu diselesaikan. Antaranya mengeluarkan bongkah baru, menyediakan Cendawan 'Frozen' untuk dipasarkan dan menyiapkan bilik makmal untuk pengeluaran anak benih. Bilik makmal ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan hadapan.



 

Read more...

'Mixer' Baru

Hari ini kami baru terima sebuah Mesin 'Mixer' yang baru. Tempahan dibuat sebelum raya dan alhamdulillah pada hari ini kami selamat menerimanya. Bermula esok, mesin ini akan digunakan dalam proses mengeluarkan bongkah. Kapasiti mesin ini boleh memuatkan 150kg + habuk kayu dalam satu-satu masa yang bersamaan dengan 330 bongkah.





Read more...

Kawasan Operasi Baru

>> Monday 12 September 2011

Assalammualaikum w.b.t

Bermula Julai 2011, ZZ Agro telah pun membuka satu lagi kawasan operasi baru yang bertempat di Batu 10 Labu, Negeri Sembilan. Ditempat baru ini ZZ Agro akan memulakan sepenuhnya operasi pengeluaran sendiri bongkah cendawan, anak benih dan makanan sejuk beku yang berasaskan Cendawan Tiram Kelabu.

  
 Pejabat Pengurusan

  
 Rumah 'Bagging'

  
Stor Habuk Kayu

 Ketuhar

 Bangsal Yang Memuatkan Bongkah yang Baru

 Bongkah Baru

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP