Penjualan Bongkah Cendawan

Harga:
1) RM1.10 - bagi tempahan kurang dari 10,000 bongkah.
2) RM1.00 - bagi tempahan melebihi 10,000 - 20,000
3) RM0.95 - bagi tempahan melebihi 20,000 - 30,000
4) RM0.90 - bagi tempahan melebihi 30,000 bongkah

Kepada yang berminat untuk mendapatkan Bongkah Cendawan sila hubungi:

Echam : 013-3563047 / 012-2472467
Email: zzagro@gmail.com

Mesin Mixer Untuk Dijual

Spesifikasi:

Saiz Mixer: Panjang x Lebar x Tinggi x Tebal
60" x 34" x 30" x 3mm
Motor: 2 hp single phase
Kapasiti Muatan: 120kg Habuk Kayu
Harga: RM6800

Punca-Punca Penyakit Kulat Hijau

>> Sunday 25 September 2011

1) Beg media terlalu basah

Kandungan air semasa proses pembancuhan telah berlebihan. Bila media terlalu basah biasanya pembiakan kulat hijau cepat terjadi. Terutamanya selepas tuaian pertama dan kedua. Bila kita buka penutup rehat beg media lebih terdedah kepada persekitaran, maka kulat ini mudah menyerang. Selain itu, air yang terlalu banyak menggalakkan pembiakan bakteria.

Kurangkan air semasa membancuh media. Bagi beg media saiz standard pastikan berat beg media antara 800g ke 1kg sahaja. Jika lebih dari 1kg bermakna kandungan air sudah berlebihan.
2) Benih yang digunakan. 

Disebabkan benih yang digunakan tidak berkualiti. Benih boleh ditransfer sehingga 8 kali (8 generasi). Generasi ke 4 dan ke atas biasanya kurang daya tahan kepada penyakit. Benih yang baik adalah adalah benih yang melalui proses tisu kultur iaitu generasi pertama dan benih hasil transfer dari benih yang pertama hingga yg ke 3 sahaja.

Gunakan benih dari pengusaha yang sudah establish sahaja. Cara yang paling mudah ialah dengan membuat sedikit eksperimen iaitu gunakan benih daripada pengeluar yang berllainan dan lihatlah hasilnya. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai benih tersebut dan kemudian barulah putuskan mana satu pembekal benih yang akan dipilih.

3) Beg media belum cukup matang.

Bila maisilium sudah memenuhi beg media, tidak bermakna ianya sudah matang. Memanglah maisilium akan menguasai luas permukaan beg media dalam 45 hari hingga 2bulan. Semua ini bergantung terhadap bebrapa faktor seperti suhu persekitaran rumah cendawan. Suhu yang panas melambat perkembangan misilium.

Mengikut kaedah pengusaha yang berpengalaman, biarkan beg media up to3 bulan, barulah buka penutup eram untuk tuaian pertama. Ini adalah untuk memastikan maisilium cukup kuat dan ianya betul-betul menguasai keseluruhan beg media dan menghalang kulat lain bersaing dengannya. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.

4) Bawaan seranggan kumbang atau bari-bari. 

Bila serangga ini berpindah dari beg yang sudah dijangkati kulat hijau, kemudian ia terbang dan memasuki mulut beg media lain, kulat hijau ini akan berjangkit ke beg media yg lain pula.

Jika anda mengalami masalah kumbang yang serius. Kuarantin rumah cendawan anda selama seminggu. Tutup semua beg media dengan penutup rehat. Kemudian spray rumah cendawan dengan 505 agar kumbang dan bari2 tersebut mati. Serai wangi juga boleh digunakan.

5) Bahan dedak yang digunakan.

Jika dedak padi, kadar kulat hijau memang tinggi berbanding dedak gandum. ini disebabkan kandungan karbohidrat yang tinggi. Jika terkena kulat hitam atau kulat hijau adalah lebih baik asingkan beg tersebut dan buatkan banyak lubang supaya banyak cendawan akan keluar dan ini akan membantu tingkatkan kg cendawan. Walaupun umur beg tak panjang, sekurang-kurangnya kos belian beg dapat semula. Jika kena kulat hijau dan kulat hitam memang tiada rawatan. Cuma guna saja kaedah di atas supaya dapat balik kos belian tu.

6) Penjagaan kebersihan.

Cara yang paling efektif untuk mengelakkan jangkitan atau sekurang-kurangnya meminimumkan jangkitan kulat hijau ialah dengan mensterilkan alat yang digunakan semasa mengorek keluar sisa akar cendawan. Gunakan larutan dettol, clorox atau EM sebagai bahan steril dan setiap kali beg dikorek, pastikan ia dicelup terlebih dahulu di dalam larutan tersebut. Kebersihan amat penting dan perlu dititik beratkan. Pekerja juga perlu dalam keadaan bersih sebelum memasuki rumah cendawan. Pastikan bilik suntik dalam keadaan bersih dan pekerja menggunakan PPE yang bersesuaian bagi mengurang risiko jangkitan.

Kesimpulannya, banyak faktor terjadinya serangan kulat hijau dan kaedah pencegahan serta penjagaan kebersihan memainkan peranan utama agar kerosakan dan kerugian daripada penyakit ini dapat dikurangkan seminimum mungkin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP