Penjualan Bongkah Cendawan

Harga:
1) RM1.10 - bagi tempahan kurang dari 10,000 bongkah.
2) RM1.00 - bagi tempahan melebihi 10,000 - 20,000
3) RM0.95 - bagi tempahan melebihi 20,000 - 30,000
4) RM0.90 - bagi tempahan melebihi 30,000 bongkah

Kepada yang berminat untuk mendapatkan Bongkah Cendawan sila hubungi:

Echam : 013-3563047 / 012-2472467
Email: zzagro@gmail.com

Mesin Mixer Untuk Dijual

Spesifikasi:

Saiz Mixer: Panjang x Lebar x Tinggi x Tebal
60" x 34" x 30" x 3mm
Motor: 2 hp single phase
Kapasiti Muatan: 120kg Habuk Kayu
Harga: RM6800

Pembelian Secara Online

>> Sunday 30 October 2011

Kami kerap kali mendapat rungutan tentang kesusahan mendapatkan Serunding Cendawan ZZ Agro di kedai-kedai runcit disekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Bagi mengatasi masalah tersebut kami telah melancarkan penjualan Serunding Cendawan Tiram Kelabu secara online. Kepada yang ingin mendapatkan Serunding Cendawan ini sila ikuti langkah-langkah dibawah.

Langkah 1
Sila pilih tempahan anda berdasarkan senarai harga dibawah. (Harga tidak termasuk kos penghantaran)
  1. 100g - RM 7.00
  2. 250g - RM 17.00
  3. 500g - RM 34.00
  4. 1 kg - RM 68.00
 Kos Penghantaran
Lembah Klang - RM 5.00
Luar Lembah Klang - RM 8.00

Langkah 2
Buat pembayaran melalui CIMB Clicks.
Nama Pemegang Akaun: Shaidani Resources
No Akaun: 12430000728101
 
Langkah 3
Emailkan bukti transaksi ke zzagro@gmail.com. Sila nyatakan butiran berikut. Nama penuh, alamat penghantaran, jumlah tempahan, no telefon untuk dihubungi.

atau

Smskan 
NAMA_ALAMAT_JUMLAH TEMPAHAN_NO TELEFON_NO RUJUKAN TRANSAKSI
ke
012-2472467 / 013-3563047 / 019-3254082

*Proses penghantaran akan mengambil masa 3-5 hari bekerja.

Read more...

Serunding Cendawan Tiram Kelabu??

>> Friday 28 October 2011

Assalammualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog ZZ Agro. Serunding Cendawan Tiram Kelabu??? Ada ke??? Emmm... Memang ada. Seringkali kita dihadapkan dengan Serunding Daging,Serunding Ikan dan Serunding Ayam tapi kali ini kami perkenalkan satu produk terbaru kami iaitu Serunding Cendawan. Serunding cendawan ini berasaskan kepada Cendawan Tiram Kelabu segar yang kami perolehi dari ladang kami sendiri.


Diperbuat dari Cendawan Tiram Kelabu segar dan dicampur dengan ramuan-ramuan rempah ratus tradisi turun temurun dan akhirnya terhasillah Serunding Cendawan yang sangat lembut, enak dan sedap. Boleh dimakan dengan ketupat nasi, lemang, roti sandwich dan sebagai inti kepada pulut panggang, samosa dan popiah.

Kepada yang berminat anda boleh dapatkan dari kedai-kedai runcit yang telah menjadi pengedar sah kami disekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan atau terus hubungi:

Echam - 012-2472467 / 013-3563047
Ismail - 019-3254082

untuk sebarang tempahan dan pembelian.

Read more...

Produk Baru ZZ Agro

>> Friday 14 October 2011

Assalammualaikum w.b.t


Kami telah melancarkan beberapa produk terbaru yang berasaskan cendawan segar terbaik dari ladang.Diantara produk-produk kami adalah seperti dibawah :


NADIL
Produk yang diberi nama NADIL ini adalah kombinasi diantara Nugget dan Begedil yang mana luarannya seakan 'nugget' dan isinya adalah begedil. Produk ini berasaskan kepada cendawan Tiram Kelabu dan Ubi Kentang.  Produk ini telah mula dipasarkan bermula Oktober 2011 di Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.



Samosa dan Popia Cendawan Tiram Kelabu 
Produk ini menggunakan hampir 70% cendawan tiram kelabu segar dan selebihnya adalah bahan sampingan. Ini adalah kerana rasa cendawan tiram kelabu jika dimasak dengan cara yang betul ianya seakan rasa ayam yang telah diketahui oleh semua orang. Ramuannya yang telah dimasak bersama cendawan tiram kelabu ini memberi rasa yang istimewa dan unik kepada produk kami.

 Popia

 Samosa

Karipap Cendawan Tiram Kelabu
Produk Karipap ini menggunakan hampir 60% Cendawan Tiram Kelabu Segar  dan selebihnya menggunakan Ubi Kentang yang memberi rasa seakan memakan karipap ayam. Dengan ramuan yang istimewa ianya akan memberikan satu kelainan kepada pengguna apabila memakannya. 


Roti Cendawan Tiram Kelabu
Produk yang sangat unik. Menggunakan ramuan seperti Cendawan Tiram Kelabu, Roti, serbuk roti dan beberapa rempah ratus yang menjanjikan rasa serta aroma yang menakjubkan.

Read more...

New Bagging Machine - 1st Day

>> Tuesday 4 October 2011

Hari pertama gunakan Bagging Machine yang baru kami terima dari Thailand. Kerja menjadi sangat mudah dan cepat tetapi ada sedikit masalah dibahagian Proses Pemasangan 'Neck' yang betul-betul menjadi 'Bottle Neck'. Setiap 1 bongkah hanya mengambil masa 4 saat utk disiapkan tidak termasuk proses pemasangan 'Neck'. Dengan masa yang sebegitu, kami hanya perlukan lebih kurang 2 jam bagi menyiapkan sebanyak 1000 bongkah. Memang berbaloi-baloi... So apa lagi, kepada yang dah letih membuat bongkah sendiri secara manual bolehlah terus membeli dari ZZ Agro dengan harga yang telah tertera diatas. Murah kan jika dibandingkan dengan tenaga yang dikeluarkan, kos membayar pekerja separuh masa dan masa yang terbuang begitu sahaja.

 Proses Masukkan Plastik

 Memasukkan plastik kedalam Corong

Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk hasilkan sebanyak ini

Proses Memasang Neck dan Cap Eram

Bongkah yang menunggu masa untuk dimasukkan kedalam 'steamer'

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP