Produk Baru ZZ Agro
>> Friday, 14 October 2011
Assalammualaikum w.b.t
Kami telah melancarkan beberapa produk terbaru yang berasaskan cendawan segar terbaik dari ladang.Diantara produk-produk kami adalah seperti dibawah :
NADIL
Produk yang diberi nama NADIL ini adalah kombinasi diantara Nugget dan Begedil yang mana luarannya seakan 'nugget' dan isinya adalah begedil. Produk ini berasaskan kepada cendawan Tiram Kelabu dan Ubi Kentang. Produk ini telah mula dipasarkan bermula Oktober 2011 di Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.
Samosa dan Popia Cendawan Tiram Kelabu
Produk ini menggunakan hampir 70% cendawan tiram kelabu segar dan selebihnya adalah bahan sampingan. Ini adalah kerana rasa cendawan tiram kelabu jika dimasak dengan cara yang betul ianya seakan rasa ayam yang telah diketahui oleh semua orang. Ramuannya yang telah dimasak bersama cendawan tiram kelabu ini memberi rasa yang istimewa dan unik kepada produk kami.
Popia
Samosa
Karipap Cendawan Tiram Kelabu
Produk Karipap ini menggunakan hampir 60% Cendawan Tiram Kelabu Segar dan selebihnya menggunakan Ubi Kentang yang memberi rasa seakan memakan karipap ayam. Dengan ramuan yang istimewa ianya akan memberikan satu kelainan kepada pengguna apabila memakannya.
Roti Cendawan Tiram Kelabu
Produk yang sangat unik. Menggunakan ramuan seperti Cendawan Tiram Kelabu, Roti, serbuk roti dan beberapa rempah ratus yang menjanjikan rasa serta aroma yang menakjubkan.
0 comments:
Post a Comment