Cendawan-Cendawan Berpotensi Di Malaysia
>> Wednesday, 23 November 2011

Operasi Pembersihan
Operasi pembersihan telah dilakukan secara besar-besar pada hari semalam (22/11/2011). Bermula dengan lantai, rak dan keseluruhan bangunan. Pada hari Jumaat ini akan diadakan proses semburan racun bagi mengelakkan jangkitan kulat dan serangga...
Read more...
1st Delivery
>> Friday, 18 November 2011
Salam....
Alhamdulillah, dipanjatkan syukur pada Allah S.W.T atas segala rezeki yang telah di limpahkan atas segala yang telah kami diusahakan. Semalam merupakan hari bersejarah buat kami di ZZ Agro. Hasil usaha dan doa tanpa jemu dalam mencari pasaran, akhirnya buat julung-julung kali pada hari semalam 18/11/2011, kami telah membuat penghantaran pertama produk sejuk beku kami ke salah sebuah pasaraya yang mempunyai lebih dari 30 rangkaian diseluruh Malaysia. Produk yang telah dihantar semalam ialah Popia Cendawan, Karipap Roti Cendawan dan Bebola Nadil Cendawan. Pada minggu hadapan bakal menyusul lagi 2 produk iaitu Samosa Cendawan dan Serunding Cendawan.
Welcome 28,500
Assalammualaikum w.b.t
Dah hampir sebulan tak update blog ni. Tapi masih lagi belum bersawang walaupun ianya laman sesawang. Masing-masing dah sibuk dengan pelbagai aktiviti yang akan diupdate secara satu persatu. Dalam seminggu dua ni kitorang sibuk selesaikan proses pembuangan bongkah lama yang telah pun tamat tempoh perkhidmatannya. Setakat hari ini dah 2 tong besar dibuang dan hampir 90% pengosongan telah siap dilakukan. Lagi 2 minggu akan bermulalah perjalanan masuk bongkah-bongkah baru yang dianggarkan sebanyak 28,500 kesemuanya. Masa 2 minggu diambil kerana kilang sedia ada akan menjalani sedikit pengubahsuaian dari segi susunan rak, pengaliran udara keluar masuk dan proses menyah penyakit iaitu dengan menggunakan Racun Benex dan 505.
Pembelian Secara Online
>> Sunday, 30 October 2011
Kami kerap kali mendapat rungutan tentang kesusahan mendapatkan Serunding Cendawan ZZ Agro di kedai-kedai runcit disekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Bagi mengatasi masalah tersebut kami telah melancarkan penjualan Serunding Cendawan Tiram Kelabu secara online. Kepada yang ingin mendapatkan Serunding Cendawan ini sila ikuti langkah-langkah dibawah.
- 100g - RM 7.00
- 250g - RM 17.00
- 500g - RM 34.00
- 1 kg - RM 68.00
Serunding Cendawan Tiram Kelabu??
>> Friday, 28 October 2011
Assalammualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog ZZ Agro. Serunding Cendawan Tiram Kelabu??? Ada ke??? Emmm... Memang ada. Seringkali kita dihadapkan dengan Serunding Daging,Serunding Ikan dan Serunding Ayam tapi kali ini kami perkenalkan satu produk terbaru kami iaitu Serunding Cendawan. Serunding cendawan ini berasaskan kepada Cendawan Tiram Kelabu segar yang kami perolehi dari ladang kami sendiri.
Kepada yang berminat anda boleh dapatkan dari kedai-kedai runcit yang telah menjadi pengedar sah kami disekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan atau terus hubungi: