1st Delivery
>> Friday, 18 November 2011
Salam....
Alhamdulillah, dipanjatkan syukur pada Allah S.W.T atas segala rezeki yang telah di limpahkan atas segala yang telah kami diusahakan. Semalam merupakan hari bersejarah buat kami di ZZ Agro. Hasil usaha dan doa tanpa jemu dalam mencari pasaran, akhirnya buat julung-julung kali pada hari semalam 18/11/2011, kami telah membuat penghantaran pertama produk sejuk beku kami ke salah sebuah pasaraya yang mempunyai lebih dari 30 rangkaian diseluruh Malaysia. Produk yang telah dihantar semalam ialah Popia Cendawan, Karipap Roti Cendawan dan Bebola Nadil Cendawan. Pada minggu hadapan bakal menyusul lagi 2 produk iaitu Samosa Cendawan dan Serunding Cendawan.
Karipap Roti Cendawan
Popia Cendawan
Bebola Nadil Cendawan
Karipap Roti (Dalam Kotak Polistrine)
0 comments:
Post a Comment